Monday, October 15, 2018

Tutorial dan langkah- langkah menggayakan bawal cotton dan chiffon

Edit Posted by with No comments





GAYA 1
Bawal Cotton
Langkah 1
  • Lipat tudung menjadi tiga segi (lipatan yang kecil). Pakai tudung dengan sama panjang. Pinkan dekat leher.
Langkah 2
  • Ambil tudung sebelah kanan, bawa ke atas. Pinkan di tengah-tengah.
Langkah 3
  • Ambil tudung sebelah kiri pula, bukakan permukaan tudung, dan bawa tudung ke sebelah kanan. Pinkan di bahu.
Langkah 4
  • Tarik tudung yang di depan tu kebelakang sedikit untuk nampak lebih kemas.
Langkah 5
  • Kemaskan tudung kamu dan siap !

  • GAYA 2
    Bawal Chiffon
    Langkah 1
    • Lipat tudung menjadi tiga segi. Pastikan lipatan tu tak sama pada hujungnya.
    Langkah 2
    • Pakai tudung secara terbalik (lipatan yang lebih pendek dekat luar). Pakai tudung dengan labuh tudung yang sama.
    Langkah 3
    • Lipat sisi tudung dan pinkan dekat leher.
    Langkah 4
    • Ambil tudung sebelah kiri, pusingkan satu kali dan bawa ke belakang dan pinkan.
    Langkah 5
    • Ambil tudung sebelah kanan, selimpangkan saja ke kiri. Pastikan sebelah kanan tudung jatuh bahu, dan sebelah kiri pula di atas bahu. Pinkan
    Langkah 6
    • Kemaskan tudung ikut selesa kamu dan siap !

Tips untuk menggayakan tudung bawal

Edit Posted by with No comments
Penulis sehingga kini memilih tudung bawal yakni tudung yang pernah menjadi pilihan nombor satu wanita Malaysia. Setuju tak? 
Ramai yang cakap tudung bawal kini sudah lapuk, tidak ikut trend dan makcik – makcik sahaja yang pakai tudung bawal. Kurang ajar! 
Penulis sediakan 5 sebab kenapa tudung bawal masih lagi relevan untuk dipakai :-
1)Selesa

Nak menguyah laju-laju, nak buka mulut luas masa makan tak jadi masalah. Paling best bila bersukan pakai tudung bawal memang langsung tidak rasa terganggu. Fabrik tudung bawal pun banyak variasinya, jadi anda boleh pilih bersesuian dengan aktiviti, kalau nak efek glamour boleh pilih tudung bawal dari cotton atau chiffon. 

2)Mudah digayakan

Sekarang nak lilit macam selendang, tudung bawal pun boleh. Tapi jika anda tak suka terlilit sampai terjerut, gantikan sahaja tudung bawal polos anda dengan tudung bawal bercorak atau berbatu manik / mutiara. Lebih menarik lagi anda boleh kenakan warna tudung bawal anda dengan anak tudung didalam. Jadilah tidaklah bosan asyik warna hitam sahaja anak tudung. Pakai tudung bawal ini tak perlu anda tengok langkah-langkah di Youtube sampai dua tiga kali. Cukup 5 minit anda dah ready untuk pergi dating ke kelas dan sebagainya.

3)Beri efek anggun dan jelita
Penulis suka tengok gaya tudung bawal dari wanita Brunei. Perasan tak mereka selalu kelihatan anggun setiap masa. Cuba lihat tutorial diatas yang berhijab dengan membuat pelbagai gaya. Sesungguhnya tiada siapa dapat menolak fakta wanita yang mengenakan tudung bawal lebih anggun dan jelita. Setuju tak? 

4)Kelihatan sederhana

 Sesuai dengan wanita Melayu yang dikenali sebagai wanita yang ayu dan sopan. Persis siapa yang memakainya langsung tidak kelihatan keterlaluan atau menjolok mata. Penulis suka tudung bawal sebenar sesuai sahaja dengan semua jenis bentuk muka, ia dapat membentuk muka anda menjadi bujur sirih. Tak percaya? Jom cuba sekarang.. 











Video tutorial memakai bawal chiffon

Edit Posted by with No comments



BACK TO BASIC #Backtobasic We feel that the bawal is due for a comeback, that's why we're releasing Bawal Chiffon and Bawal Exclusive Hijab by ILIYA MALEK collection. It's a square-shaped scarf made from heavy chiffon, the fabric is easy to form, has a soft texture, not slippery and would stay in place however you wear it. Bawal Chiffon width is 45,50 and 55 inches all around so you have plenty of fabric to play with, use your creativity to add a fashionable twist to the design. It's time for us to rock the bawal and give it a fresh new look!



Ramai wanita yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk memakai tudung chiffon dengan betul dan cantik. Memakai tudung chiffon bukanlah mudah seperti memakai tudung bawal yang hanya perlukan kita lipat dan pakai di kepala, tak kurang juga mudah seperti tudung sarung yang hanya sarung sahaja di kepala. Tudung chiffon adalah sejenis tudung yang diperbuat daripada material jenis fabrik chiffon iaitu kainnya lembut dan halus tetapi ia bukanlah licin seperti kain satin.


Material chiffon lebih mudah terletak di kepala dan kedudukannya tidak lari dari kepala berbanding dengan tudung jenis satin. Anda perlu membetulkan kedudukan tudung dikepala supaya ia tidak lari dan berkedut sekiranya memakai tudung satin, tetapi dengan tudung chiffon pula, anda hanya perlu membentuk seperti anda mahukan dan pin di bahagian yang perlu. Itu sahaja, mudah kan? Yang merumitkan adalah bagaimana style atau cara anda ingin gayakannya!
Tudung Chiffon boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan cara.  Anda memerlukan sedikit kreativiti dan idea dalam menggayakannya.Banyak tutorial yang telah dihasilkan bagi membantu anda memilih gaya bagaimana yang anda ingin pakai dan ia juga telah menjadi trend dalam fesyen hijab. Anda boleh ikuti tutorial-tutorial atau cara-cara memakai tudung chiffon yang pelbagai jenis ini.


Saturday, October 13, 2018

Bawal cotton exclusive

Edit Posted by with No comments




BIDANG 45

BAWAL COTTON EXCLUSIVE

BIDANG 45

Assalamualaikum, COTTON LOVERS

Discover the best selection of bawal scarves made with the finest quality of cotton paris voile by IyliaMalek.Design by our team of creative designers in Kuala Lumpur.Alhamdulillah,Cotton has become a pioneer in hijab fashion over the years with latest hijab fashion trends.Welcome home #cottonlovers

Bila tiba Hari Raya je,paling pening kepala adalah kaum wanita.Yelah nak pilih baju lepas tu nak kena padan dengan tudung.
Bagi mereka yang berhijab,pemilihan tudung sangat penting.Tapi kebanyakan wanita lebih gemar menggayakan tudung bawal.
Ianya mudah dipakai,tak perlu digosok.jarang kedut dan yang paling penting,sarung je terus nampak terletak cantik.
so,kalau tak tahu mana nak cari tudung bawal sempena Raya ni atau untuk ke kelas, ke tempat kerja dan sebagainya,jom tengok bawal cotton exclusive dengan pelbagai pilihan warna yang menarik di http://kedaitudungcantikkl.blogspot.com

BAWAL COTTON EXCLUSIVE BIDANG 45

Friday, October 12, 2018

Bawal Chiffon Yasmeen dan Bawal Exclusive

Edit Posted by with No comments


BIDANG 45 , 50 DAN 55

BAWAL CHIFFON YASMEEN

BIDANG 45 , 50 , DAN 55


         BAWAL CHIFFON EXCLUSIVE

ASSALAMUALAIKUM CHIFFON LOVERS,
Tudung Bawal Yasmeen dan Bawal Exclusive menyediakan pelbagai pilihan bawal  dari pelbagai saiz, rekaan dan jenama yang eksklusif. Terdapat pelbagai jenis bawal yang kami sediakan bersesuaian dengan setiap material yang dipilih untuk setiap rekaan dan bawal, seperti bawal chiffon, cotton dan sebagainya. Terdapat lebih daripada dua ribu pilihan bawal yang anda boleh dapatkan di tudungcantikkl. Sama ada bawal yang biasa ataupun labuh, bawal yang ready to wear dan sebagainya. Pasti memberi kepuasan kepada setiap pembeli di tudungcantikkl. Harga pula adalah sangat berpatutan, dan sentiasa ada promosi-promosi yang mengejutkan. 


Tudung bawal berbentuk segi empat dan buatan dari heavy chiffon.Heavy chiffon ialah combinasi silk, rayon dan polyester. Material chiffon ringan dan selesa dipakai. Oleh itu, semestinya tudung bawal tetap menjadi pilihan no 1 pada hati wanita di luar sana. Tudung bawal adalah satu satunya tudung yang tidak akan ditelan zaman meskipun fesyen tudung pada masa kini sentiasa berubah-ubah. Tudung bawal adalah tudung basic yang rata-rata setiap wanita Melayu di Malaysia pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sehelai koleksi tudung bawal. Antara Koleksi tudung bawal yang semakin mendapat nama di kalangan pemakai tudung ini adalah Jenama nelofa hijab dan Jenama tudung rayyan haya. kedua-dua jenama ini sentiasa mengikuti perkembangan fesyen tudung terkini dengan tetap mengekalkan konsep asas iaitu tudung bawal. 

BAWAL JASMEEN BIDANG 50


BAWAL EXCLUSIVE BIDANG 45