Monday, October 15, 2018

Tips untuk menggayakan tudung bawal

Edit Posted by with No comments
Penulis sehingga kini memilih tudung bawal yakni tudung yang pernah menjadi pilihan nombor satu wanita Malaysia. Setuju tak? 
Ramai yang cakap tudung bawal kini sudah lapuk, tidak ikut trend dan makcik – makcik sahaja yang pakai tudung bawal. Kurang ajar! 
Penulis sediakan 5 sebab kenapa tudung bawal masih lagi relevan untuk dipakai :-
1)Selesa

Nak menguyah laju-laju, nak buka mulut luas masa makan tak jadi masalah. Paling best bila bersukan pakai tudung bawal memang langsung tidak rasa terganggu. Fabrik tudung bawal pun banyak variasinya, jadi anda boleh pilih bersesuian dengan aktiviti, kalau nak efek glamour boleh pilih tudung bawal dari cotton atau chiffon. 

2)Mudah digayakan

Sekarang nak lilit macam selendang, tudung bawal pun boleh. Tapi jika anda tak suka terlilit sampai terjerut, gantikan sahaja tudung bawal polos anda dengan tudung bawal bercorak atau berbatu manik / mutiara. Lebih menarik lagi anda boleh kenakan warna tudung bawal anda dengan anak tudung didalam. Jadilah tidaklah bosan asyik warna hitam sahaja anak tudung. Pakai tudung bawal ini tak perlu anda tengok langkah-langkah di Youtube sampai dua tiga kali. Cukup 5 minit anda dah ready untuk pergi dating ke kelas dan sebagainya.

3)Beri efek anggun dan jelita
Penulis suka tengok gaya tudung bawal dari wanita Brunei. Perasan tak mereka selalu kelihatan anggun setiap masa. Cuba lihat tutorial diatas yang berhijab dengan membuat pelbagai gaya. Sesungguhnya tiada siapa dapat menolak fakta wanita yang mengenakan tudung bawal lebih anggun dan jelita. Setuju tak? 

4)Kelihatan sederhana

 Sesuai dengan wanita Melayu yang dikenali sebagai wanita yang ayu dan sopan. Persis siapa yang memakainya langsung tidak kelihatan keterlaluan atau menjolok mata. Penulis suka tudung bawal sebenar sesuai sahaja dengan semua jenis bentuk muka, ia dapat membentuk muka anda menjadi bujur sirih. Tak percaya? Jom cuba sekarang.. 











0 comments:

Post a Comment