Monday, October 15, 2018

Video tutorial memakai bawal chiffon

Edit Posted by with No comments



BACK TO BASIC #Backtobasic We feel that the bawal is due for a comeback, that's why we're releasing Bawal Chiffon and Bawal Exclusive Hijab by ILIYA MALEK collection. It's a square-shaped scarf made from heavy chiffon, the fabric is easy to form, has a soft texture, not slippery and would stay in place however you wear it. Bawal Chiffon width is 45,50 and 55 inches all around so you have plenty of fabric to play with, use your creativity to add a fashionable twist to the design. It's time for us to rock the bawal and give it a fresh new look!



Ramai wanita yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk memakai tudung chiffon dengan betul dan cantik. Memakai tudung chiffon bukanlah mudah seperti memakai tudung bawal yang hanya perlukan kita lipat dan pakai di kepala, tak kurang juga mudah seperti tudung sarung yang hanya sarung sahaja di kepala. Tudung chiffon adalah sejenis tudung yang diperbuat daripada material jenis fabrik chiffon iaitu kainnya lembut dan halus tetapi ia bukanlah licin seperti kain satin.


Material chiffon lebih mudah terletak di kepala dan kedudukannya tidak lari dari kepala berbanding dengan tudung jenis satin. Anda perlu membetulkan kedudukan tudung dikepala supaya ia tidak lari dan berkedut sekiranya memakai tudung satin, tetapi dengan tudung chiffon pula, anda hanya perlu membentuk seperti anda mahukan dan pin di bahagian yang perlu. Itu sahaja, mudah kan? Yang merumitkan adalah bagaimana style atau cara anda ingin gayakannya!
Tudung Chiffon boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan cara.  Anda memerlukan sedikit kreativiti dan idea dalam menggayakannya.Banyak tutorial yang telah dihasilkan bagi membantu anda memilih gaya bagaimana yang anda ingin pakai dan ia juga telah menjadi trend dalam fesyen hijab. Anda boleh ikuti tutorial-tutorial atau cara-cara memakai tudung chiffon yang pelbagai jenis ini.


0 comments:

Post a Comment